Amaran! ECB, Powell Bakal Gegar Pasaran

941

Mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) kini menjadi tumpuan utama pelabur yang mengharapkan langkah kenaikan agresif daripada bank pusat itu untuk membendung inflasi.

ECB dijangka secara meluas akan meningkatkan kadar sebanyak 75 mata asas yang menjadikan kadar depositnya melebihi sifar buat pertama kali sejak 2012.

Bagaimanapun, pasaran juga tidak menolak kemungkinan bahawa bank pusat itu akan melaksanakan kenaikan 50 mata asas.

Ketika sesi Eropah, mata wang euro didagangkan stabil pada sekitar harga 0.9988 berbanding dolar greenback, bertahan pada keuntungan selepas pemulihan dari paras terendah 20 tahun.

Selain itu, pelabur juga akan memberi perhatian kepada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang dijadualkan menyertai perbincangan di Persidangan Monetari Tahunan Institut Cato pada sesi New York.

Sebarang pernyataan mengenai dasar monetari semasa oleh Powell boleh mendorong pergerakan agresif dalam raja mata wang US dolar.

Indeks dolar kini didagangkan sedikit berubah pada sekitar harga 109.78 berbanding kebanyakan mata wang utama.

Dalam pada itu, mata wang pound didagangkan melemah pada sekitar harga 1.1500 berbanding US dolar menjelang pengumuman daripada Perdana Menteri baharu UK, Liz Truss mengenai rancangannya untuk menangani bil tenaga yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat