Amaran IMF Untuk Negara Membangun Sebelum Fed Naikkan Kadar Faedah

375

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran kepada negara-negara ekonomi sedang membangun untuk bersedia dengan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada Isnin, IMF memberitahu bahawa ia menjangkakan pertumbuhan ekonomi AS yang kukuh akan berterusan dengan inflasi berkemungkinan menjadi sederhana pada akhir tahun.

Menurut IMF, pengetatan dasar monetari AS mungkin akan memberi impak kepada pasaran di negara-negara ekonomi sedang membangun, dengan permintaan asing dijangka akan mengimbangi kesan peningkatan kos pembiayaan.

Namun, pertumbuhan dalam upah AS yang meluas atau gangguan bekalan yang berterusan boleh mendorong peningkatan harga lebih tinggi dan menyebabkan inflasi meningkat lebih pantas, sekali gus mencetuskan kenaikan kadar faedah lebih awal dari dijangkakan.

Kenaikan kadar lebih pantas boleh menjejaskan pasaran kewangan secara global. Kesannya boleh dilihat daripada permintaan dan perdagangan AS yang perlahan sehingga membawa kepada aliran keluar modal serta penyusutan nilai mata wang dalam pasaran baru muncul.

Sehubungan itu, IMF menggesa bank pusat untuk menyampaikan rancangan mereka untuk mengetatkan dasar dengan jelas dan konsisten.

Kerajaan juga boleh mengumumkan rancangan untuk meningkatkan sumber fiskal dengan meningkatkan secara beransur-ansur hasil cukai, melaksanakan pencen dan memperbaharui subsidi, atau langkah lain yang sewajarnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat