Amaran Inflasi! Data CPI Malaysia Naik Lagi Ke Paras Baru Pada 2.8%

1,860

‘Dunia sedang alami krisis harga yang membimbangkan. Tidak terkecuali penduduk di Malaysia juga sedang merasai beban situasi ini.’

Data keluaran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi indeks harga pengguna (CPI) bulan Mei dilihat meningkat 2.8% tahun ke tahun pada 126.6 mata berbanding bulan sama tahun lalu pada 123.1 mata.

Ia secara tidak langsung turut melepasi purata inflasi Malaysia bagi tempoh Januari 2011 ke Mei 2022 pada 1.9%.

Terang Ketua Perangkaan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin inflasi makanan terus menerajui kenaikan dengan mencapai paras baru 5.2%, iaitu tertinggi sejak November 2011, dengan sebanyak 93% barang mencatat kenaikan.

Diperincikan bahawa 29.4% barangan catat kenaikan di bawah 5%, 37.7% barangan naik antara 5-10% sementara lagi 32.9% barangan canak melebihi 10%.

Berikut adalah ringkasan bacaan data CPI Malaysia bagi bulan Mei 2022.

  • Sektor pengangkutan naik 3.9%.
  • Sektor restoran dan hotel lonjak 3.7%.
  • Sektor penjagaan perumahan, perabot dan perkakasan perumahan canak 2.9%.
  • Sektor barangan dan perkhidmatan lain capai 1.95%.
  • Sektor rekreasi dan budaya tambah 1.8%.
  • Sektor perumahan, air, elektrik, gas dan bahan bakar menokok 1.2%.
  • Sektor pendidikan cambah 1%.

Beralih ke perincian sektor makanan pula menyaksikan ia jadi penyumbang terbesar kepada inflasi makanan di mana:

  • Makanan dari rumah naik 5.5% berbanding 4.1%.
  • Makanan di luar rumah tambah 5.1% berbanding 4.4%.
  • Sub-kumpulan daging merekod kenaikan tertinggi pada 9.55 berbanding 6.2%.
  • Barangan sayuran capai 8.1%.
  • Barangan susu, keju dan telur canak 8%.
  • Barangan ikan dan makanan laut menokok 4.3%.
  • Barangan minyak cambah 3.7%.

Ulas Datuk Mohd Uzir, kenaikan pada sub-kumpulan daging terutamanya ayam adalah kerana lonjakan kos dan permintaan yang tinggi, dengan kenaikan sebanyak 13.4% berbanding 7.5%.

Sementara itu, kenaikan pada harga sayur adalah kerana berlaku lonjakan pada kos baja, pengangkutan, buruh dan keadaan cuaca.

Dalam pada itu, berkenaan kadar inflasi pada peringkat negeri pula Selangor dan Wilayah Persekutuan mencatat rekod tertinggi pada 3.7% kemudian diikuti Kedah, Perlis, Sabah dan Persekutuan Labuan pada 2.2%.

Seterusnya, Melaka dan 3 negeri lain pula mencatat rekod terendah pada 2.1%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat