Amaran Merah! Bursa Dibuka Menurun

295

Pada jam 9.25 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merudum 1.66 mata pada 1,500.13 daripada penutupan Khamis pada 1,501.65.

Ia dibuka rendah ekoran kebimbangan baru mengenai varian Omicron Covid-19 yang merisaukan dan penurunan harga pada Wall Street telah mengheret pasaran global.

Indeks dibuka 0.14 mata pada 1,501.56.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 244 berbanding 161, manakala 280 kaunter pula tidak berubah, 1,620 tidak didagangkan dan 52 digantung.

Jumlah perolehan pada 338.56 juta unit bernilai RM159.98 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan kebimbangan terhadap Omicron yang berterusan telah menyebabkan United Kingdom (UK) melaksanakan sekatan baru bagi kenaikan kes Covid-19.

Tambahnya lagi, mereka percaya aktiviti pembelian saham berpotensi tinggi akan muncul dalam masa terdekat bagi saham berwajaran tinggi.

Di samping itu, mereka turut menyatakan sektor pengangkutan menjadi tumpuan selepas permulihan pasaran permintaan yang seiring dengan kenaikan ton pada Baltic Exchange Dry Index.

Pasaran komoditi memperlihatkan harga minyak susut 1.85% tetapi berada di paras US$74 atau RM312.41 sementara harga minyak sawit mentah terus mencatat kerugian.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Press Metal Aluminium Holdings Bhd susut 7 sen pada RM5.45, Axiata Group Bhd hilang 3 sen pada RM3.81, Nestlé (Malaysia) jatuh 90 sen pada RM131.40, Public Bank Bhd kurang 1 sen pada RM3.98 dan Digi.Com Bhd turun 2 sen pada RM4.10.

Namun, MR DIY Group (M) Bhd naik 5 sen pada RM3.55 dan IHH Healthcare Bhd tambah 2 sen pada RM6.59.

Saham aktif memperlihatkan Malaysian Genomics Resource Centre Bhd kurang 13 sen pada 69 sen, Industronics Bhd an Widad Group Bhd masing-masing naik 0.5 sen pada 13.5 sen dan 38.5 sen, Impiana Hotels Bhd dan Iconic Worldwide Bhd tambah 1 sen pada 10 sen dan 33 sen sementara Fintec Global Bhd kekal pada 1 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas mengurang 11.33 mata pada 10,940.50, indeks FBMT 100 menyusut 13.46 mata pada 10,641.12 dan indeks FBM Emas Shariah merundum 9.63 mata pada 11,831.76.

FBM 70 terjatuh 24.57 mata pada 14,150.91 dan FBM ACE melemah 29.93 mata pada 6,252.15.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan susut 0.92 mata pada 193.41, indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 13.46 mata pada 15,151.67 dan indeks Perladangan naik 9 mata pada 6,504.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat