Amaran! Shell Tegaskan Potong Pengeluaran Undang Bahaya

427

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Shell memberi amaran bahawa pemotongan pengeluaran minyak dan gas adalah berbahaya dan tidak bertanggungjawab.

Wael Sawan menegaskan bahawa dunia masih sangat memerlukan minyak dan gas kerana peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui tidak cukup pantas untuk menggantikannya.

Tambahnya lagi, musim sejuk di Eropah dan peningkatan permintaan dari China boleh memacu lonjakan harga tenaga lebih tinggi.

Rancangan Shell untuk meneruskan pengeluaran minyak semasa sehingga 2030 telah mencetuskan kemarahan para saintis iklim yang menyifatkannya sebagai salah.

Wael Sawan dalam temubual bersama BBC tidak bersetuju dengan gesaan terhadap syarikat itu untuk menumpukan kepada mempercepatkan peralihan hijau.

Ujarnya, pengurangan pengeluaran minyak dan gas adalah berbahaya dan tidak bertanggungjawab kerana ia akan menyebabkan kos sara hidup meningkat semula.

Beliau berkata perang untuk gas tahun lepas menyaksikan negara-negara miskin seperti Pakistan dan Bangladesh tidak mampu membeli penghantaran Gas Asli Cecair (LNG) yang sebaliknya dialihkan ke Eropah Utara.

Ini menyebabkan rakyat serta kanak-kanak terpaksa bekerja dan belajar dengan cahaya lilin, tambahnya.

Oleh itu, jika mahu beralih, ia perlu menjadi peralihan yang adil serta tidak hanya berfungsi untuk satu pihak sahaja.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat