Amazon Bakal Beli $2 Bilion Dolar Saham Bharti Airtel?

265

Menurut sebuah laporan, Amazon sedang mengadakan sebuah perbincangan di peringkat awal untuk membeli saham bernilai sekurang-kurang $2 bilion dolar dalam syarikat telekomunikasi India, Bharti Airtel.  Melalui pelaburan tersebut, Amazon akan memperoleh sebanyak 5% kepentingan berdasarkan nilai pasaran semasa syarikat itu. Untuk pengetahuan semua, Bharti Airtel merupakan syarikat telekomunikasi ketiga terbesar di India yang mempunyai lebih daripada 300 juta pelanggan.

Selain itu, perbincangan tersebut diadakan ketika pelabur global meletakkan harapan besar di unit digital Reliance Industries, yang dimiliki oleh saingan syarikat telekomunikasi Bharti, iaitu Jio. Unit digital itu didakwa telah memperoleh keuntungan sebanyak $ 10 bilion dalam beberapa minggu terakhir dari Facebook, KKR dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, sebuah sumber mengatakan bahawa ianya masih berada di peringkat awal dan belum menemui kata putus.

Seterusnya, jurucakap Amazon mengatakan bahawa syarikat itu tidak mahu memberikan apa-apa respon berhubung isu berkenaan. Di samping itu, Amazon menganggap India sebagai pasaran pertumbuhan penting dan telah menjalankan pelaburan sebanyak $ 6.5 bilion bagi mengembangkan lagi industri e-dagang.

Bukan itu sahaja! Syarikat yang berpusat di Seattle ini juga telah memperluas penawaran digitalnya di India melalui voice-activated speakers, streaming video dan cloud storage. Ianya merupakan salah satu inisiatif untuk memanfaatkan peningkatan jumlah pengguna internet dan telefon pintar di negara yang memiliki 1.3 bilion penduduk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat