Amazon Bakal Mulakan Penghantaran Parcel Guna Dron

158

‘Cool, tak payah nak turun jumpa kurier lepas ni.’

Rancangan Amazon.com Inc untuk menggunakan perkhidmatan dron bagi menghantar barangan bungkusan (parcel) kepada pengguna akan terlaksana seawal tahun ini.

Difahamkan perkhidmatan penghantaran menggunakan drone oleh gergasi e-dagang tersebut akan dimulakan pada bandar Lockeford, California.

Menurut kenyataan dari syarikat, pengguna di bandar Lockeford sudah boleh mula mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut di laman rasmi syarikat.

Amazon menambah, dron yang digunakan telah diprogram untuk menjatuhkan bungkusan di halaman pelanggan untuk lebih 4,000 populasi di Lockeford.

Dron tersebut juga akan terbang tanpa kawalan pemerhati visual dan hanya berpandukan penderia untuk mengelak pesawat lain, orang, haiwan dan sebarang halangan dalam memastikan parcel pelanggan selamat sampai dalam masa kurang 1 jam.

Umum mengetahui bahawa Amazon telah lama merancang perkhidmatan penghantaran dron tersebut namun tergendala atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Mengimbas rekod, Amazon dulu pernah dituduh mencipta publisiti murahan dengan menyatakan khabar penawaran perkhidmatan penghantaran dron yang dianggap sebagai mustahil ketika itu.

Perkara tersebut telah dibidas oleh bekas bos dan pengasas, Jeff Bezos yang berjanji akan memenuhkan ruang langit dengan dron pada 2013 dan pada 2019 beliau berkata lagi Amazon akan melancarkan dron dalam tempoh ‘beberapa bulan’.

Kemudian pada April muncul pula berita mengenai kebimbangan keselamatan terhadap dron yang sekali lagi merencatkan rancangan Amazon.

Sungguhpun begitu, bermula bulan depan rancangan Amazon untuk mengaplikasi dron bakal terlaksana dan perkara ini pasti akan memberi kesan kepada prestasi kewangan syarikat untuk suku hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat