Amazon Labur €1 Bilion Untuk Trak & Van Elektrik Eropah

157

Dalam tempoh 5 tahun akan datang, syarikat gergasi Amazon.com Inc bakal melabur lebih 1 bilion euro ($974.8 juta) pada van elektrik, trak dan hab pakej pelepasan rendah di seluruh Eropah bagi mencapai net-zero carbon* menjelang 2040.

*Keseimbangan antara jumlah gas rumah hijau yang dihasilkan dan jumlah yang dikeluarkan dari atmosfera

Pelaburan tersebut bukan sahaja dapat mengembangkan industri pengangkutan dan menggalakkan infrastruktur pengecasan awam bagi kenderaan elektrik (EV) malah membantu meningkatkan jualan armada van elektrik di Eropah daripada 3,000 kenderaan kepada 10,000 menjelang 2025.

Ditegaskan Amazon bahawa 3,000 van itu berjaya menghantar 100 juta pakej pada 2021 walaupun tidak membentangkan secara tetap berapa peratus penghantaran armada elekrik yang dibuat sehingga kini.

Tambahan itu, syarikatnya berhasrat membuat pembelian 1,500 kenderaan barangan berat elektrik untuk dimanfaatkan sebagai sokongan penghantaran ke hab pakej pada tahun akan datang.

Namun begitu penyediaan bekalan masih tidak mencukupi susulan beberapa syarikat logistik besar seperti syarikat penghantaran pakej United Parcel Service Inc UPS.N dan FedEx Corp FDX.N juga pernah berkeinginan untuk membeli van dan trak elektrik.

Oleh demikian, pengeluar legasi General Motors Co dan Ford Motor Co bersaing dalam membawa van atau trak elektrik ke pasaran.

Sementara itu, Amazon menempah van elektrik terbesar sebanyak 100,000 kenderaan daripada Rivian Automotive Inc serta melabur dalam rangkaian pengecas di seluruh Eropah.

Peruncit itu berkata ia juga akan melabur dalam menggandakan rangkaian Eropah hab “mobiliti mikro” dari lebih 20 bandar.

Malah syarikatnya turut mengembangkan lebih 20 bandar rangkaian Eropah hab “mobiliti mikro” bagi menjalankan kaedah penghantaran baharu seperti basikal kargo elektrik atau penghantaran on-foot untuk mengurangkan emissions**.

**Mengehadkan jumlah gas rumah hijau yang dikeluarkan oleh aktiviti manusia ke tahap yang sama

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat