Amazon Sedia Terjun Dalam Pasaran Kripto Dan NFT? Ini ‘Hint’ Terbaru Dari CEO!

323

Syarikat gergasi pengkomputeran awan dan gergasi e-dagang, Amazon baru-baru ini telah memberi ‘hint’ terbaru kepada pasaran bahawa mereka berkemungkinan akan terjun ke dalam industri mata wang kripto. Terbaru, Andy Jassy, ​​Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, berkata bahawa syarikat itu menganggap industri aset digital sebagai “pasaran yang sedang berkembang.”

Dalam kenyataan terbaru, Jassy menyatakan bahawa kelamaan pasaran kripto menjadi lebih besar. Jassy menyatakan bahawa terdapat banyak perbincangan menarik yang berlaku mengenai pasaran kripto. Dalam masa yang sama beliau menjangkakan pasaran NFT akan menunjukkan prestasi yang baik pada masa hadapan, dengan menyatakan bahawa ia sudah mula berkembang.

Ketua Pegawai Eksekutif, yang baru-baru ini mengambil alih tampuk pentadbiran di Amazon daripada Jeff Bezos menambah bahawa beliau tidak menolak kemungkinan untuk menambah kripto sebagai kaedah pembayaran pada masa hadapan apabila industri semakin matang. Bukan itu sahaja beliau juga tidak menolak kemungkinan penambahan pasaran Amazon NFT juga.

Harus dimaklumi bahawa Amazon telah agak lama mengiklankan beberapa siaran pekerjaan untuk mengisi peranan berkaitan kripto.

Disisi lain, beberapa pemain industri besar juga telah menunjukkan minat yang sama terhadap pasaran kripto. Platform e-dagang Shopify mengumumkan perkongsian dengan Strike yang akan membolehkan pembayaran Bitcoin kepada tunai untuk semua pedagangnya di seluruh dunia.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat