Amazon & Visa Berbaik, Kini Tiada Cas Tambahan Bila Guna Visa

130

‘Best jugak guna Amazon ni.’

Amazon.com dan Visa Inc telah memeterai perjanjian yang akan menyaksikan tiada sebarang cas tambahan dikenakan ke atas urus niaga diantara kedua-dua syarikat.

Pada bulan November tahun lalu, Amazon telah membuat keputusan untuk memberhentikan penerimaan kad kredit Visa pada platformnya di United Kingdom (UK) kerana terdapat isu yuran transaksi yang tinggi dalam pemprosesan pembayaran.

Ia turut mendapati pelanggannya di Singapura dan Australia dikenakan cas tambahan andai mereka menggunakan kad kredit Visa, seterusnya melarang pengguna kad kredit tersebut pada platformnya.

Namun, kini Amazon dan Visa telah memeterai perjanjian kerjasama berkenaan isu tersebut.

Menurut jurucakap Amazon, pihaknya telah mencapai persetujuan global dengan pihak Visa yang akan membenarkan kesemua pelanggan untuk menggunakan kad kredit tersebut di kedainya.

Pihak Visa turut mengeluarkan kenyataan dengan menzahirkan rasa berbesar hatinya untuk bekerjasama dalam produk dan inisiatif teknologi baharu bagi memastikan pengalaman pembayaran yang inovatif kepada pelanggan.

Dalam pada itu, ketika pertimbangan larangan menerima kad kredit di UK, Amazon berkata bahawa kos pemprosesan pembayaran adalah ‘halangan’ untuk menyediakan harga terbaik kepada pelanggan.

Had Kesatuan Eropah bagi yuran yang dikenakan oleh pengeluar kad tidak lagi dilaksanakan di UK ekoran Brexit, namun larangan tersebut tidak menjejaskan penggunaan kad debit Visa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat