Amerika Bakal Alami Kemelesetan Jika Gagal Naikkan Siling Hutang – Janet Yellen

396

Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen memberita amaran bahawa Amerika Syarikat akan mengalami kemelesetan sekiranya Kongres gagal mendapat persetujuan untuk meningkatkan had siling hutang (debt ceiling) secepatnya.

Yellen memberitahu bahawa 18 Oktober merupakan tarikh akhir yang penting kepada penggubal undang-undang untuk mencari penyelesaian bagi mengelakkan AS daripada gagal melaksanakan tanggungjawabnya.

Sekiranya mereka gagal mendapatkan kesepakatan, ia juga boleh menyebabkan Amerika jatuh ke kemeleseten. Ini kerana, apabila operasi kerajaan bergerak perlahan atau dihentikan, ia akan menjejaskan perniahaan dalam sektor kerajaan dan seluruh ekonomi turt menerima kesan yang sama.

Dalam pada itu, ia juga boleh menjejaskan pembayaran Jaminan Sosial untuk 50 juta warga emas, angkatan bersenjata AS dan pengeluaran kredit cukai kanak-kanak untuk jutaan keluarga di negara itu.

Pada hari Isnin, Presiden Joe Biden telah menggesa Kongres untuk menaikkan had hutang minggu ini untuk mengelak daripada kekacauan ekonomi. Beliau menyalahkan Pemimpin Senat Republikan Mitch McConnell kerana menjadi penghalang kepada kesepakatan ini.

Jabatan Perbendaharaan AS kini menggunakan pendanaan sementara bagi menghalang daripada penutupan kerajaan berlaku pada akhir bulan lalu yang akan membantu membiayai kerajaan sehingga 3 Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat