Amerika Dalam Kemelesetan? Ini Jawab Presiden Biden!

421

Dagangan dolar greenback terus berada di bawah tekanan menjelang penghujung minggu susulan bacaan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang menyuramkan.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS tanpa dijangka terus mencatatkan penguncupan pada suku kedua sebanyak 0.9%, meleset daripada jangkaan untuk berkembang 0.4%.

Namun, angka yang dicatatkan meningkat daripada penguncupan pada suku pertama iaitu 1.6%.

Susulan penerbitan data tersebut, Presiden AS Joe Biden cuba meredakan kebimbangan pelabur dengan mengatakan ia tidak mengejutkan memandangkan Federal Reserve (Fed) bertindak untuk mengurangkan inflasi.

Tambah beliau lagi, Amerika berada di jalan benar dengan pasaran pekerjaan yang kukuh dan perbelanjaan pengguna terus berkembang.

Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen juga berkata bahawa penguncupan suku kedua menunjukkan langkah ekonomi kepada pertumbuhan yang lebih mampan.

US dolar didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, dengan merosot ke paras terendah 6 minggu berbanding yen dan paling lemah 4 minggu berbanding pound.

Pasaran mata wang kini melihat kemungkinan 76% bahawa Fed akan memperlahankan kadar kenaikan kepada setengah mata asas pada mesyuarat seterusnya pada September, berbanding kebarangkalian 14% untuk kenaikan 75 mata ketiga berturut-turut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat