Amerika Desak UK Batalkan Penglibatan Huawei Dalam 5G!

238

Ahli Kongres Amerika Syarikat masih tidak berputus asa untuk menggesa Britain supaya membatalkan keputusannya untuk membenarkan penglibatan syarikat telekomunikasi gergasi China, Huawei Technologies Co dalam rangkaian 5G UK.

Menerusi satu surat yang diutuskan kepada House of Commons AS, penggubal undang-undang yang diwakili oleh Senator Chuk Schumer, Josh Hawley dan Ben Sasses telah menggesa UK untuk mempertimbangkan kembali keputusan mereka yang menerima penglibatan Huawei.

Sementara itu, beberapa Senator dari parti Republik pula telah mengusulkan perundangan yang memerlukan Jawatankuasa Pelaburan Asing di AS untuk mengkaji semula kedudukan UK dalam ‘whitelist’ pelaburan asing.

Melalui whitelist ini, ia telah mengecualikan beberapa syarikat Australia, Kanada dan UK daripada pengawasan AS dalam pelaburan asing mereka.

Presiden AS Donald Trump sebelum ini telah menandatangani perintah eksekutif pada Mei lalu yang menghalang syarikat AS daripada menggunakan peralatan telekomunikasi yang dibuat oleh syarikat-syarikat yang dianggap menimbulkan risiko keselamatan kebangsaan, misalnya Huawei.

Bukan itu sahaja, malah pentadbiran Trump juga telah menyenaraihitamkan syarikat Huawei daripada perdagangannya.

Pada November lalu, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan memutuskan dengan sebulat suara untuk menetapkan Huawei dan ZTE sebagai risiko kepada keselamatan negara, dengan menghalang pelanggan di AS daripada mendapatkan dana kerajaan yang diperuntukkan untuk membeli peralatan daripada dua teknologi tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat