Amerika Hilang 4.3 Juta Pekerja Pada Bulan Ogos!

272

Jabatan Tenaga Kerja Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 4.3 juta orang berhenti dari pekerjaan mereka pada bulan Ogos, menjadikannya satu rekod paling tinggi pernah dicatatkan sejak Disember 2020.

Kadar pemberhentian meningkat kepada 2.9% sebanyak 242,000 daripada 2.7% sebelumnya, menurut tinjauan Jabatan Pembukaan Pekerjaan dan Perolehan Tenaga Kerja.

Ini didahului oleh sektor perkhidmatan makanan dan penginapan, dengan kehilangan sebanyak 892,000 pekerja pada Ogos. Sementara sektor peruncitan pula, sebanyak 721,000 telah berhenti kerja dan penjagaan kesihatan dan bantuan sosial pula hilang 534,000 pekerja.

Kadar pengambilan pekerja jatuh ke 4.3% daripada 4.6% pada bulan sebelumnya, sebahagian bearnya disebabkan oleh penurunan pengambilan pekerja dalam sektor hospitaliti. Pengambilan pekerja di sektor kerajaan juga menurun pada bulan Ogos, daripada 2.2% kepada 1.4%.

Pembukaan pekerjaan juga turun dengan ketara kepada 10.44 juta pada bulan tersebut, daripada 11.1 juta yang dicatatkan sebelumnya.

Pandemik Covid-19 dan varian delta yang berterusan telah mengubah kekuatan pasaran buruh secara asasnya, di mana masalah kesihatan dan penjagaan anak menjadi salah satu isu kepada pemberhentian ini.

Walaupun kes Covid-19 dilihat telah menunjukkan penurunan di seluruh dunia, tetapi sebilangan pakar kesihatan menjangkakan terdapat kenaikan lain pada bulan sejuk akan datang.

Angka-angka ini mungkin akan menarik perhatian Federal Reserve (Fed) ketika ia bersiap mula menarik semula rangsangan monetari yang dilaksanakan ketika menghadapi pandemik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat