Amerika Syarikat Akan Meneruskan Sekatan Yang Ketat Ke Atas Korea Utara?

470

Laporan yang dikeluarkan pada hari ini melaporkan bahawa Rumah Putih kekal dengan pendiriannya terhadap sekatan yang ketat ke atas Korea Utara. Selepas beberapa hari Presiden US, Donald Trump mengatakan bahawa beliau tidak lagi mahu menggunakan frasa “tekanan maksimum” sebagai gambaran kempen bagi menekan Korea Utara terhadap penggunaan senjata nuklearnya.

Selepas mesyuarat dengan pegawai atasan daripada Pyongyang di Rumah Putih pada hari Jumaat, Trump mengatakan Korea Utara telah menunjukkan sikap kerjasama dan toleransi walaupun sekatan tersbut kekal, maka beliau akan menangguhkan pengenaan sekatan yang baru.

Menurut pembicara Rumah Putih, mereka tidak akan menarik kembali sekatan yang ketat tersebut kecuali Korea Utara mengamalkan de-nuklearisasi.

Pembicara melaporkan bahawa persediaan antara Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un yang dijangka pada 9 a.m waktu Singapura pada 12 Jun berjalan dengan lancar.

Wakil-wakil utama Senat Demokrat pada hari Isnin telah memberitahu Trump agar tidak membuat apa-apa perjanjian yang menatijahkan penggunaan senjata nuklear untuk Korea Utara. Mereka juga menasihatkan untuk menggunakan ancaman sekatan jika Korea Utara tidak mahu mematuhinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat