Amerika Syarikat Bakal Keluarkan Lesen, Luluskan Jualan Kepada Huawei

288

Pentadbiran Trump tidak lama lagi akan mengeluarkan lesen beberapa syarikat Amerika Syarikat (AS) untuk menjual barang-barang tertentu kepada syarikat gergasi telekomunikasi Huawei Technologies Co Ltd sementara wakil perdagangan dua negara itu akan bertemu hari ini untuk rundingan perdagangan.

AS sebelum ini menyenaraihitamkan dan menyekat Huawei daripada membeli komponen-kompenen tertentu daripada syarikat AS tanpa kelulusan kerajaan dan menghadkan akses kepada teknologi penting sepeti Google Mobile Services.

Huawei telah dituduh atas risiko keselamatan negara oleh Washington yang mendakwa teknologi itu digunakan China untuk mengintip rakyat AS, bagaimanapun dinafikan berulang kali oleh Huawei.

Syarikat-syarikat AS boleh mendapatkan lesen untuk produk tertentu yang dikecualikan daripada larangan itu. Jabatan Perdagangan AS telah menerima lebih daripada 130 permohonan dari syarikat untuk mendapatkan lesen untuk menjual barangan kepada Huawei.

Pentadbiran Trump telah meluluskan hal itu pada minggu lepas yang akan membenarkan sesetengah syarikat AS memilih untuk tidak mematuhi larangan terhadap Huawei baru-baru ini, menurut laporan daripada New York Times.

Keputusan ini akan memberi harapan kepada syarikat AS yang telah lama menantikan petunjuk daripada Trump selepas beliau berjanji untuk membantu syarikat yang berurusan dengan China.

Perkembangan rundingan perdagangan antara AS dan China kekal sebagai pemacu pasaran utama hari ini. Pasaran disajikan dengan pelbagai jenis berita dengan isyarat bercampur yang berupaya untuk mempengaruhi pergerakan matawang utama termasuk yuan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat