Amerika Syarikat Bakal Terima Pembalasan! – China

499

Kementerian Luar Negeri China sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang berbaur ancaman terhadap Amerika Syarikat setelah Dewan Perwakilan AS meluluskan rang undang-undang yang mengenakan sekatan terhadap pegawai China atas pelanggaran hak asasi manusia terhadap minoriti muslim masyarakat Uighur di Xinjiang.

Rang undang-undang yang diluluskan itu seterusnya akan dihantar untuk mendapatkan kelulusan daripada Senat Amerika Syarikat dan kemudiannya diserahkan kepada Presiden Donald Trump untuk ditandatangani menjadi undnag-undang yang sah.

Hua Chunying, selaku jurucakap bagi China berkata ia boleh menjejaskan kerjasama dua hala antara dua negara ekonomi gergasi itu dan Amerika Syarikat akan menerima pembalasan susulan kelulusan rang undang-undang Hong Kong dan Xinjiang.

Dalam kenyataan terbaru, beliau menegaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh memandang rendah terhadap keputusan China untuk menjaga kepentingannya termasuk dalam perkara yang melibatkan Xinjiang.

Sementara itu, Amerika Syarikat dilaporkan tidak akan membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan tindakan balas yang akan diambil oleh China dan menggesa negara itu menghentikan penindasan ke atas masyarakat Uighur.

Sebelum ini, kenyataan Trump mengenai perjanjian dagangnya dengan China mungkin perlu menunggu sehingga akhir tahun 2020 di mana selepas pilihan raya AS diadakan, menunjukkan beliau tidak berada dalam keadaan yang tergesa-gesa untuk mencapai kesepakatan dengan China.

Dengan ketegangan antara dua negara tersebut dilihat semakin meningkat, pelaksanaan tarif baru ke atas barangan import China bermula pada 15 Disember ini mungkin akan diteruskan walaupun negara itu berulang kali menggesa supaya ia dibatalkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat