Amerika Syarikat Dakwa Huawei, Hikvision Dikawal Tentera China

289

Pentadbiran Trump mengeluarkan satu dokumen yang menyenaraikan 20 syarikat terkemuka China yang beroperasi di Amerika Syarikat, mendakwa ia dimiliki atau dikawal oleh tentera China. Ini secara tidak langsung, membuka kemungkinan kepada sekatan kewangan AS yang baru.

Syarikat telekomunikasi gergasi, Huawei Technologies dan firma penyedia peralatan pengawasan video, Hangzhou Hikvision antara syarikat China yang disenaraikan dalam dokumen tersebut.

Pada tahun lepas, kedua-dua syarikat tersebut telah disenaraihitamkan oleh Amerika Syarikat berikutan masalah keselamatan negara, yang mana Washington juga berusaha meyakinkan sekutunya untuk menghentikan penggunaan Huawei dalam pembangunan teknologi mereka.

Turut disenaraikan dalam dokumen tersebut adalah China Mobile Communications Grooup, China Telecommunications Corp dan pengeluar pesawat Aviation Industry Corp of China.

Dalam surat kepada penggubal undang-undang yang bertarikh 24 Jun, Pentagon menyerahkan ‘senarai syarikat ketenteraan China yang beroperasi di Amerika Syarikat’ itu seperti mana yang dituntut dalam undang-undang pertahanan 1999.

Ini termasuk syarikat yang dimiliki atau dikendalikan tentera China yang menyediakan perkhidmatan komersial, pembuatan, pengeluar atau eksport.

Melalui penyenaraian tersebut, presiden boleh mengenakan apa-apa sekatan, termasuk menyekat semua harta pihak yang disenaraikan.

Membalas kepada penyenaraian Amerika Syarikat, Hikvision mendakwa tuduhan itu sebagai tidak berasas dengan menegaskan bahawa ia bukan syarikat ketenteraan China, dan tidak pernah mengambil bahagian dalam kerja R&D untuk kegunaan ketenteraan.

Malah, Hiviksion juga menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan kerajaan AS untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat