Amerika Syarikat Dan WHO Sudah Lama Berdepan Krisis?

378

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang didakwa lambat bertindak dalam menangani wabak corovirus malah mengugut untuk menahan dana mereka memandang negara kuasa besar tersebut adalah penyumbang utama orgnanisasi berkenaan.

Semalam, Trump benar-benar mengotakan kata-katanya lalu membuat keputusan bagi menyekat pembiayaan kepada WHO. Sementara itu, beliau akan terus meninjau tindak balas organisasi penting dunia itu terhadap wabak pandemik yang sedang melanda.  Tambahan daripada itu, presiden berkenaan turut menyalahkan WHO kerana telah menyebabkan banyak kematian ketika wabak berjangkit itu menyerang seluruh dunia.

Namun, mekanisme yang bakal digunakan oleh presiden berkenaan untuk menyekat pembiayaan tersebut tidak didedahkan secara terperinci. Akan tetapi, ianya telah mendapat persetujuan daripada anggota Kongres. Trump didakwa menggunakan kuasa yang diberikan kepada presiden di bawah Akta Pengendalian Penyimpangan tahun 1974. Berdasarkan akta ini, presiden boleh mencadangkan untuk menahan dana kongres, tetapi ia memerlukan persetujuan kongres dalam tempoh 45 hari. Sekiranya tidak mendapat persetujuan, dana tersebut harus dikembalikan kepada tujuan asal yang telah ditetapkan selepas 45 hari.

Melalui sebuah temu bual, Trump mendedahkan bahawa Amerika Syarikat dan WHO telah berhadapan dengan krisis dalam tempoh yang lama serta menyatakan bahawa tindakan tersebut sepatutnya diambil sejak dahulu lagi. Bukan itu sahaja! Beliau turut mengemukakan kenyataan bahawa pentadbirannya bakal mengadakan sebuah penyiasatan yang terperinci terhadap organisasi itu dalam tempoh 60 hingga 90 hari. Tambahnya lagi, dana yang disekat itu akan disalurkan kepada pihak yang lebih memerlukan.

Pada minggu lalu, Ketua Pengarah WHO iaitu Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyuarakan pendapatnya sebagai respon kepada ancaman Trump serta menggesa agar semua pemimpin negara tidak mempolitikkan wabak coronavirus ini sebaliknya, bersatu bagi menanganinya. Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa COVID-19 boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira parti politik, negara, agama mahupun bangsa seseorang individu.

Terkini, keseluruhan kes COVID-19 di seluruh dunia adalah sebanyak hampir 2 juta manakala mencatatkan 126, 604 angka kematian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat