Analisa Teknikal Mingguan 13 Mac – 17 Mac 2017

69

EURUSD – Analisa Mingguan 13 Mac – 17 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada awal minggu lepas, harga EUR/USD mulai bearish tetapi masih gagal untuk melepasi Key Support 1.0500 untuk meneruskan lagi penurunan.Jadi, Key Support mingguan masih dikekalkan pada harga 1.0500 untuk minggu ini.

Jika diperhatikan, harga EUR/USD mula mengorak langkah pada hari Khamis & Jumaat lalu dengan melakukan kenaikan lebih kurang 150 pips seperti yang dimaklumkan di Zon Trader sebelum NFP dan telah breakout LH 1.0680. Kini ia berpotensi untuk melakukan retracement bearish sebelum ia bullish ke sekitar Key Resistance 1.0800 – 1.0870.

Secara teknikal, selagi ia tidak breakout Key Support minggu ini, kebarangkalian untuk EUR/USD bullish adalah tinggi dan harga sekitar Key Resistance adalah peluang terbaik untuk memperhatikan signal sell di sekitar harganya pada timeframe yang lebih kecil yang akan di update di Zon Trader.

GBPUSD – Analisa Mingguan 13 Mac – 17 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Minggu lalu, GBP/USD berjaya breakout Key Support untuk meneruskan pergerakan bearish dan telah mencapai target mingguan iaitu 1.2164 bagi membentuk new LL. Selagi ia tidak breakout Key Resistance 1.2350 – 1.2400, mood bearish masih didominasi oleh GBP/USD minggu ini dan berpotensi tinggi untuk meneruskan lagi penurunan.

Jadi peluang untuk entry sell adalah di sekitar harga retracement yang boleh diperhatikan pada timeframe H1 dan H4 yang akan diupdate dari semasa ke semasa di Zon Trader.

Target bearish pada minggu ini adalah ke sekitar harga 1.2040/00 bagi membentuk new LL. Jika breakout Key Support, GBP/USD akan meneruskan pergerakan bearish dan sebarang kenaikan ketika ini adalah retracement sebelum ia bearish.

AUDUSD – Analisa Mingguan 13 Mac – 17 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, harga AUD/USD bergerak di antara Key Support dan juga Key Resistance pada minggu lalu. Jadi, secara teknikalnya, AUD/USD masih berpotensi tinggi untuk bullish ketika ini selagi ia tidak melepasi harga Key Support yang berada pada harga 0.7500.

Jika ia breakout Key Resistance 0.7600 pada minggu ini, harga AUD/USD berpotensi untuk bullish dan mencapai semula resistance terhampir iaitu 0.7700/14. Walaubagaimanapun, jika ia gagal untuk breakout Key Resistance ini, AUD/USD berkemungkinan akan bearish dan breakout Key Support. Target bearish pula adalah ke sekitar harga 0.7440.

Oleh itu, pada minggu ini Key Support dan Key Resistance memainkan peranan yang sangat penting untuk diperhatikan. Peluang untuk memasuki pasaran boleh diperhatikan di timeframe yang lebih kecil yang akan diupdate di Zon Trader.

USDJPY – Analisa Mingguan 13 Mac – 17 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu ini, momentum wave bagi USD/JPY(HL,HH,HL,HH) berpotensi mengorak langkah untuk bullish sekiranya ia masih gagal untuk breakout Key Support mingguan yang berada di sekitar harga 112.50 – 111.70.

Secara teknikal, dengan terbentuknya bearish pin bar Jumaat lalu, USD/JPY berpotensi untuk melakukan retracement bearish ke sekitar support-support terhampir sebelum ia meneruskan lagi kenaikan. Jika breakout Key Resistance mingguan ini, target bullish yang boleh dicapai adalah ke sekitar 116.50/30 bagi membentuk new HH.

Jadi kesimpulannya, peluang terbaik untuk memasuki pasaran adalah di sekitar harga retracement/pullback iaitu support-support terhampir sebelum ia bullish. Dan selagi ia tidak breakout Key Support mingguan ini, kebarangkalian untuk USD/JPY meneruskan lagi pergerakan bullish adalah tinggi.

GBPJPY – Analisa Mingguan 13 Mac – 17 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pasaran harga bagi GBP/JPY gagal untuk breakout Key Support 138.50 minggu lalu dan telah membuat kenaikan lebih kurang 180 pips ke harga resistance terhampir iaitu 140.50/30(rujuk analisa timeframe H1 Jumaat lalu). Dan jika diperhatikan, GBP/JPY membentuk bearish pin bar di sekitar resistance 140.50 dan pembentukan pergerakan momentum wave masih berpotensi ke arah bearish(LH,LL,LH,LL) dan sekiranya ia gagal untuk breakout Key Resistance ini, GBP/JPY berpotensi tinggi untuk bearish.

Dan sekiranya breakout Key Support 138.50, target penurunan adalah ke sekitar harga 137.50/30 ataupun ke harga yang lebih rendah bagi membentuk new LL. Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Resistance, pasaran harga bagi GBP/JPY ketika ini masih didominasi mood bearish.

Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Resistance minggu ini. GBP/JPY akan mencapai resistance seterusnya yang berada pada harga sekitar 141.80 – 142.80 sebelum ia bearish. Oleh itu, Key Resistance mingguan ini perlu diperhatikan samaada harga berjaya untuk dibreakout atau sebaliknya.

Nota : Team Analisa Moshed ada menyediakan analisa seperti ini hampir setiap hari bagi TimeFrame H1. Anda berminat untuk dapatkannya? Jadi Ahli Traders Zone dengan – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat