Analisa Teknikal Mingguan 21 November – 25 November 2016

52

EURUSD – Analisa Mingguan 21 Nov – 25 Nov 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Minggu ini, EURUSUD dilihat tidak melakukan kenaikan ‘retracement’ yang begitu ketara tetapi harga terus membuat penurunan. Ia dilihat masih dalam mood bearish berikutan kekuatan USD pada minggu lalu.

Secara teknikal, momentum wave EURUD masih bearish(LH,LL,LH,LL) dan berpotensi untuk membuat kenaikan ‘retrcement’ ke key Resistance terhampir 1.0714/50 sebelum bearish semula untuk membentuk new ‘Lower Low/LL’.

Ketika analisa teknikal ini ditulis, harga EURUSD masih berada di sekitar Key Support 1.0585 dan sekiranya breakout, target mingguan yang boleh dicapai adalah sekitar harga 1.0500/1.0480.

Walaubagaimanapun, sekiranya tidak breakout, EURUSD berpotensi tinggi untuk melakukan kenaikan ke sekitar Key Resistance pada minggu ini.

GBPUSD – Analisa Mingguan 21 Nov – 25 Nov 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti analisa teknikal minggu lalu, GBPUSD berjaya membuat penurunan sehingga ke sekitar support terbaik iaitu pada harga 1.2330 dan mencapai harga terendah ke harga psikologi level 1.2300.

Minggu ini, Key Support 1.2330/00 memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan samaada GBUSD akan terus bearish ataupun sebaliknya.

Jadi kesimpulan, Sekiranya harga tidak breakout Key Support 1.2300 ini, kebarangkalian adalah tinggi untuk GBPUSD mengorak langkah untuk bullish semula. Tetapi jika breakout pada awal minggu ini, GBPUSD akan meneruskan pergerakan bearish ke support seterusnya iaitu 1.2160/1.2200.

AUDUSD – Analisa Mingguan 21 Nov – 25 Nov 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Momentum wave AUDUSD dilihat masih uptrend tetapi minggu lepas berlakunya ‘Failed Swing’ dimana harga telah breakout HL iaitu support terbaik 0.7460 dan terus membuat pergerakan bearish.

Minggu ini jika diperhatikan, AUDUSD membentuk pattern ‘Three Black Crows’ pada minggu lepas dan memberi petanda awal bahawa trend akan meneruskan bearish.

Jadi, sekiranya AUDUSD tidak berjaya breakout Key Support di 0.7300/10. Ini bermakna ia akan membuat kenaikan ‘retracement’ dan target yang boleh dicapai adalah sekitar harga Key Resistance 0.7400 sebelum bearish semula. Selagi AUDUSD tidak breakout Key Resistance ini ia berpotensi untuk meneruskan lagi momentum bearish.

Dan sekiranya breakout Key Support, penurunan dijangka akan mencapai support terhampir 0.7255 dan untuk meneruskan lagi penurunan ia perlu breakout harga 0.7255 untuk mencapai harga yang lebih rendah iaitu 0.7175.

USDJPY – Analisa Mingguan 21 Nov – 25 Nov 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Minggu ini, mood bullish dilihat masih menguasai USDJPY dan ia kelihatan berpotensi untuk meneruskan uptrend sekiranya berjaya breakout Key Resistance yang berada pada harga 111.10.

Kemungkinan jika USDJPY tidak berjaya breakout Key Resistance 111.10 ini, ia akan membuat penurunan ke support terhampir iaitu Key Support yang berada pada harga 109.20. Jika breakout Key Support ini, target penurunan yang boleh dicapai adalah sekitar harga 107.55.

Jadi selagi ia tidak breakout Key Support ini, kebarangkalian USDJPY untuk meneruskan bullish adalah tinggi. Dan target yang boleh dicapai sekiranya breakout Key Resistance adalah 112.60.

GBPJPY – Analisa Mingguan 21 Nov – 25 Nov 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Minggu ini, Key Resistance terbaik GBPJPY berada pada harga 138.30. Selagi ia tidak breakout GBPJPY berpotensi tinggi untuk membuat penurunan ‘retracement’ terlebih dahulu sebelum meneruskan bullish.

Selagi ia tidak breakout Key Support terbaik 133.64, kebarangkalian untuk GBPJPY meneruskan pergerakan bullish adalah tinggi. Dan jika breakout Key Resistance 138.30, target mingguan yang boleh dicapai adalah sekitar harga 141.20.

Jadi, Key Resistance minggu ini perlu diberikan perhatian kerana ia akan menentukan samaada GBPJPY mampu meneruskan pergerakan bullish ataupun tidak.

Nota : Team Analisa Moshed ada menyediakan analisa seperti ini hampir setiap hari bagi TimeFrame H1. Anda berminat untuk dapatkannya? Jadi Ahli Traders Zone dengan – KLIK SINI

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat