Analisis Dari IEA Ini Pasti Menambah Kebimbangan Kepada Pasaran Minyak Mentah Dunia!

53

Ketua Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata pada Khamis, pelaburan dalam pengeluaran minyak mentah dijangka akan menjunam buat tahun ketiga berturut-turut pada 2017 berikutan isu lebihan global yang berterusan.

Menurut Pengarah IEA, Fatih Birol dalam satu persidangan tenaga di Tokyo berkata bahawa analisis IEA menunjukkan, harga minyak telah memasuki tempoh turun naik yang besar akibat daripada penyusutan pelaburan minyak global.

Tambah beliau lagi, ini adalah penurunan kali pertama dalam sejarah minyak mentah buat kali ketiga berturut-turut.  Beliau turut mengatakan bahawa situasi ini akan menimbulkan kesukaran buat pasaran ini dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Harga minyak telah meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh hampir sebulan selepas OPEC dijangka akan bersetuju untuk membekukan pengeluaran.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dijangka akan bertemu pada minggu depan untuk memuktamadkan sekatan output.

Dalam masa yang sama, Brent mentah berlegar di paras $49 setong pada Khamis.

Jepun Semakin Buntu Dalam Menetapkan Dasar Terbaik Buat Ekonomi Mereka!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat