Analisis EUR/JPY – Harga Sedikit Pulih Setelah Menjunam Ke Zon 157.00

215

Carta harga pasangan mata wang EUR/JPY alami penyusutan semula pada Khamis semalam apabila corak kenaikan yang dipaparkan dari awal minggu gagal untuk dikekalkan.

Penurunan drastik harga di sesi New York semalam adalah disebabkan oleh kejutan pada keputusan mesyuarat bank pusat Eropah semalam.

European Central Bank (ECB) bertindak menaikkan sekali lagi kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.50% ketika majoriti pasaran menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan.

Namun, mata wang Euro tidak pula melonjak kukuh, sebaliknya alami penyusutan ketara sehingga ke penghujung sesi.

Ini disebabkan oleh isyarat bernada dovish oleh Presiden ECB Christine Lagarde bahawa ini berkemungkinan akan menjadi kenaikan kali terakhir oleh bank pusat dan akan dikekalkan sehingga ekonomi pulih.

Dari paras 158.400, harga telah menjunam hingga tembusi paras 157.00 kesan daripada reaksi pasaran terhadap mesyuarat ECB itu.

Namun, setelah mencecah sekitar 156.700, harga sedikit pulih di atas paras 157.00 semula pada dagangan hari ini (Jumaat) sehingga bersambung ke awal pembukaan sesi Eropah.

Namun, pergerakan harga yang masih kekal berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY itu masih memberikan isyarat untuk pergerakan bearish.

Jangkaan untuk harga adalah menyambung penurunan di bawah 157.00 semula dan catatkan paras terendah terbaru lagi.

Sasaran adalah menuju zon sokongan harga sekitar 155.700 yang kali terakhir diuji pada awal Ogos lalu.

Namun jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, zon 157.700 akan cuba untuk ditembusi dan juga halangan MA50 untuk isyarat perubahan trend.

Paras ketinggian 158.600 yang dicapai minggu ini akan menjadi sasaran seterusnya untuk diatasi sebelum harga menuju hingga paras 159.00.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat