Analisis EUR/USD – Pembetulan Harga Atau Perubahan Trend?

573

Dagangan pada awal minggu ini menyaksikan US dolar mengekalkan pengukuhan untuk hari keempat berturut-turut dan memberi tekanan terhadap mata wang utama yang lain seperti dolar Australia dan Pound Sterling dalam pasaran.

Selain sentimen berisiko pasaran yang mendorong permintaan pelabur terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven, penganalisis turut melihat faktor pelan ekonomi Joe Biden yang bernilai $1.9 trilion akan menyuntik kenaikan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Namun begitu, ketika dagangan beransur ke sesi New York semalam, pelabur kembali melihat momentum pengukuhan US dolar sedikit pudar sehingga dagangan bersambung pada sesi Asia pada pagi ini (Selasa).

Seperti pergerakan harga yang dipamerkan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, penurunan yang berlaku agak perlahan sebelum kenaikan harga dipamerkan semula selepas harga mencecah paras terendah hampir 1.20500.

Sesi Asia hari ini melihatkan harga membuat kenaikan semula lebih tinggi menuju paras 1.21000 dan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan harga yang melepasi halangan tersebut akan memberi isyarat perubahan awal trend bullish harga pada carta EUR/USD semula.

Harga berkemungkinan akan melonjak menuju pula ke zon SBR (support become resistance) sebelum ini sekitar 1.21500-1.21800.

Namun jika harga menyambung semula penurunan, paras tumpuan utama adalah dilihat pada paras serendah 1.20000.

Paras tersebut berjaya dilepasi harga pada kenaikan di awal dagangan Disember yang lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat