Analisis EUR/USD – Tembok $1.0800 Mampu Ditembusi Minggu Ini?

132

Dagangan US dolar pada minggu lepas dinilai masih bercampur dengan pasaran akan menantikan petunjuk lebih jelas pada minggu ini menerusi laporan data inflasi Amerika Syarikat (AS) dan beberapa data terbaru yang lain.

Pemulihan US dolar di awal minggu lalu tidak berjaya dikekalkan apabila data ekonomi AS yang diterbitkan merosot memberi tekanan kepada raja mata wang itu menuju dagangan penutup minggu.

Sekiranya data pada minggu ini lebih-lebih lagi data inflasi hadir dengan bacaan yang mengecewakan, pelabur akan menjangkakan US dolar akan terus melemah sementara jangkaan untuk langkah pemotongan kadar faedah Fed akan kembali meningkat.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat kembali menunjukkan peningkatan semula pada minggu lalu namun masih tidak berjaya melepasi paras 1.08000.

Paras tersebut kekal menjadi rintangan dengan harga mendatar di bawahnya pada dagangan penghujung minggu lalu.

Namun masih ada potensi untuk kenaikan harga diteruskan dengan isyarat pergerakan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Sekiranya kenaikan pada minggu ini berlaku dan melepasi rintangan 1.08000, corak kenaikan sebelum ini bakal diteruskan untuk harga catatkan paras ketinggian yang baru.

Sasaran adalah untuk menuju zon tumpuan berikutnya pada 1.09000.

Namun, situasi kejatuhan mendadak harga turut boleh berlaku minggu ini dengan reaksi data inflasi yang bakal diterbitkan.

Penurunan harga dijangka akan mencecah paras 1.07000 sebagai persinggahan awal sebelum momentum yang dikekalkan akan melanjutkan penurunan lebih rendah.

Zon tumpuan seterusnya berada pada sekitar 1.06000 setelah kali terakhir harga didagangkan sejak pertengahan April yang lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat