Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (6 Mac 2019)

209

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang kurang dovish.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 2 April 2019.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI.
  • Kadar inflasi dijangka meningkat secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan mengambil masa sedikit lebih lama daripada jangkaan.
  • Ketidakpastian domestik utama mengenai prospek perbelanjaan isi rumah dan penurunan harga perumahan.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Data KDNK Australia berkembang sebanyak 2.3% pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.8% pada suku tahun sebelumnya.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) Australia turun kepada 1.8% tahun ke tahun pada suku keempat 2018 daripada 1.9% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran Australia kekal pada paras 5.0% sama seperti bulan Disember 2018.

PLAN: SELL AUD.

  • Data indikator perniagaan Australia untuk suku tahun keempat lebih lemah daripada yang dijangkakan dengan keuntungan, inventori dan kadar upah dibawah ramalan mereka.
  • Kenyataan RBA bernada dovish.
  • China menurunkan sasaran pertumbuhan ekonomi mereka.
  • Data KDNK Australia tidak mencapai jangkaan pasaran.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat