Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (7 September 2018)

243

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang neutral.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 2 Oktober 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 2 ).
  • Kadar faedah yang rendah terus menyokong ekonomi Australia.
  • Kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah di empat bank utama Australia akan mendorong RBA memotong (bukan menaikkan) kadar faedahnya.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Ekonomi Australia berkembang 3.4% pada suku kedua 2018 berbanding suku tahun sebelumnya iaitu 3.1%.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) Australia meningkat kepada 2.1% daripada 1.9% sebelumnya manakala pasaran menjangkakan kenaikan 2.2%.
  • Kadar pengangguran di Australia turun ke 5.3% pada Julai daripada 5.4% sebelumnya. Dibawah jangkaan bank pusat iaitu 5.5%.

PLAN: SELL AUD

  • Krisis perang dagang antara AS-China.
  • Bank-bank di Australia menaikkan kadar mortgage yang sebanyak 0.14%. Meningkatkan jangkaan bahawa RBA akan mengekalkan kadar faedah sedia ada supaya tidak membebankan pengguna dan mengelakkan masalah pasaran perumahan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat