Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (1 Mac 2019)

260

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
  • Bank of Canada (BOC) mengekalkan kadar faedah pada 1.75% seperti jangkaan.
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 6 Mac 2019.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 10 ).
  • BOC mengjangkakan kadar inflasi akan berkurang berikutan harga minyak mentah yang rendah serta momentum ekonomi Kanada diramalkan lembab.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Kanada menaik kepada 2.1% pada suku tahun ketiga 2018 daripada 1.9% sebelumnya.
  • Kadar pengangguran di Kanada meningkat kepada 5.8% pada bulan Januari 2019 daripada 5.6% pada bulan sebelumnya dan jangkaan pasaran di atas 5.7%.
  • Kadar inflasi tahunan di Kanada jatuh kepada 1.4% pada Januari 2019 daripada 2.0% pada bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 1.5%.

PLAN: SELL CAD.

  • Data inflasi Kanada jatuh ke paras terendah sejak Oktober 2017.
  • Ramalan penurunan dalam data KDNK hari ini selepas kemerosotan dalam sektor jualan runcit dan imbangan perdagangan.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat