Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (27 September 2018)

225

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
  • Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar faedah daripada 1.25% kepada 1.50% seperti jangkaan dan menyampaikan kenyataan yang agak hawkish (baik).
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 24 Oktober 2018.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 12 ).
  • BOC: Menjangkakan kadar inflasi akan mencapai 2% pada awal 2019.
  • BOC: Pelaburan perniagaan, aktiviti eksport, pekerjaan dan penggunaan semakin meningkat.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Kanada meningkat 2.30% pada suku pertama 2018 sekaligus melebihi unjuran bank pusat Canada iaitu 1.9%.
  • Kanada mengeluarkan laporan pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dengan kenaikan besar sebanyak 54,100 pekerjaan dan kadar pengangguran turun kepada 5.8 peratus pada bulan Julai.
  • Kadar inflasi di Kanada jatuh kepada 2.8% pada bulan Ogos 2018 daripada 3% pada bulan Julai namun ia melebihi sasaran Bank of Canada iaitu 2.0%.

PLAN: SELL CAD.

  • Dalam perkembangan NAFTA, potensi untuk melihat perjanjian tiga-hala antara Amerika, Mexico dan Kanada dalam masa terdekat semakin tipis dengan pentadbiran Trump berkemungkinan hanya akan meneruskan perjanjian bersama Mexico pada Jumaat.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat