FUNDAMENTAL: DOVISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
- ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 25 Oktober.
- Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 13 Disember 2018.
- Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
- ECB menyatakan bahawa program QE akan diteruskan pada kadar bulanan 30 billion sehingga akhir bulan ini, dan akan berkurang ke 15 billion hingga akhir Disember 2018 kemudian berakhir.
- ECB mengulangi bahawa kadar faedah tidak akan berubah menjelang musim panas 2019.
- ECB menjelaskan pembuat polisi tidak membincangkan halatuju masa hadapan buat masa sekarang dan menekankan risiko yang terdapat di Itali dan Brexit.
DATA EKONOMI TUMPUAN ECB
- Kadar pengangguran di Kawasan Euro mencapai 8.2% pada bulan Julai 2018, sama seperti pada bulan sebelumnya dan kadar terendah sejak November 2008.
- Data GDP (KDNK) di Euro kekal 1.7% seperti sebelum ini.
- Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro meningkat kepada 2.2% pada Oktober 2018 daripada 2.1% pada bulan sebelumnya dan sejajar dengan jangkaan pasaran.
PLAN: SELL EURO.
- Aktiviti perkilangan zon Eropah berkembang pada kadar yang paling lemah sejak dua tahun lepas selepas terdapat kejatuhan dalam sektor eksport sejak akhir tahun 2014.
- Trump bersedia untuk mengenakan tarif terhadap automatif Eropah.
- Risiko terhadap kebimbangan Brexit.
- Mr Draghi mengatakan ECB akan mengekalkan dasar monetari sedia ada untuk jangka masa yang panjang.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI