Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EUR Hari Ini (4 April 2019)

340

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0%.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 10 April 2019.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment.
  • Waktu untuk langkah menaikkan kadar faedah telah dilanjutkan pada tahun 2020.
  • ECB juga mengumumkan bakal melancarkan kempen pinjaman bank jangka masa panjang pada September 2019 bertujuan untuk merancakkan kembali aktiviti pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro kekal pada 7.8% untuk bulan Januari 2019, sama seperti bulan sebelumnya.
  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Di Kawasan Euro berkembang hanya 1.1% pada suku tahun keempat daripada 1.6% pada suku tahun ketiga 2018.
  • Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro berkurang kepada 1.4% pada Mac 2019, yang hampir dengan sembilan bulan rendah, dari 1.5% pada bulan sebelumnya dan sedikit di bawah persetujuan pasaran sebanyak 1.5%.

JANGKAAN: BULLISH EURO.

  • Data sektor perkhidmatan yang lebih baik daripada yang dijangka di Eropah, hasil 10 tahun Bund Jerman juga meningkat.
  • Jualan runcit zon Eropah menaik.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat