Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (13 Ogos 2018)

673

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of England )
  • 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk menaikkan kadar faedah di UK sebanyak 0.25% dari 0.5% ke 0.75% dengan kenyataan yang agak dovish dari Gabenor Mark Carney.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 13 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOE (Unjuran bank pusat BOE – Muka surat 43 ).
  • Mark Carney mengatakan bahawa BOE akan menaikkan kadar faedah pada kadar yang lebih perlahan.
  • Beliau juga menyuarakan kebimbangan berkenaan Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Data GDP y/y mencatatkan penurunan kepada 1.2% daripada 1.4% berbanding suku tahun sebelumnya.
  • Kadar pengangguran di UK berjumlah 4.2 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga April 2018, sama seperti pada tempoh sebelumnya dan terendah sejak tahun 1975.
  • Inflasi harga pengguna di UK berjumlah 2.4% pada Jun 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.6% peratus.
  • Jualan runcit di U.K meleset kepada -0.5% berbanding 0.2% jangkaan. 1.4% sebelumnya. (Impak kepada data ekonomi GDP)

PLAN: TIADA TRADE UNTUK GBP MINGGU INI

  • Mr Carney menyuarakan kenyataan yang agak dovish pada sidang media. Beliau mengatakan bahawa BOE akan menaikkan kadar faedah di UK pada kadar yang lebih perlahan. Beliau juga menyuarakan kebimbangan terhadap Brexit.
  • Setiausaha perdagangan Antarabangsa British iaitu Liam Fox berkata kemungkinan ‘no-deal’ Brexit adalah kira-kira 60-40.
  • Risiko untuk minggu ini adalah 3 data ekonomi di UK iaitu gaji, inflasi dan jualan runcit. Mesyuarat Brexit pada Khamis ini juga akan menyebabkan ketidaktentuan matawang GBP untuk minggu ini.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat