Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (17 Julai 2018)

558

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Sila klik link ini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of England)
  • 3 daripada 9 orang ahli Bank of England (BoE) termasuk Ketua Penganalisis Ekonomi mengundi untuk kenaikan kadar faedah di UK berbanding 2 undi dalam mesyuarat sebelumnya.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 2 Ogos 2018.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan pengangguran. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat Bank of England (Unjuran bank pusat BOE – Muka surat 43).
  • Ketua ekonomi Bank of England iaitu Andy Haldane menyokong kenaikan kadar faedah di UK.
  • Kadar pertumbuhan GDP dan inflasi menunjukkan angka yang lebih lemah, manakala kadar penggangguran berada pada tahap terendah sejak 42 tahun yang lepas.
  • Ketidaktentuan politik dalam rundingan Brexit khususnya isu sempadan Ireland.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Data GDP y/y mencatatkan penurunan kepada 1.2% daripada 1.4% berbanding suku tahun sebelumnya.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) di UK mencatatkan bacaan 2.4 peratus pada Mei 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan sedikit di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.5 peratus.
  • Kadar pengangguran di UK berjumlah 4.2 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga April 2018, sama seperti pada tempoh sebelumnya dan yang terendah sejak tahun 1975.

PLAN: TIADA POSITION UNTUK GBP

  • Terdapat data pekerjaan di UK pada hari ini iaitu data kadar purata gaji (average earning) yang akan dikeluarkan pada pukul 4.30 petang. Ia adalah data penting yang diberi tumpuan oleh bank pusat kerana mampu memberi kesan kepada data inflasi (CPI).
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat