Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (18 April 2019)

401

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 2 May 2019.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
  • Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan beransur-ansur dan terhad ekoran kekhuatiran berterusan mengenai Brexit.
  • Para penggubal dasar menyatakan kelembapan dalam KDNK global dan pertumbuhan perdagangan.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Keluaran dalam negara kasar di United Kingdom berkembang 1.4% tahun ke tahun pada suku keempat 2018, berbanding angka sebelumnya sebanyak 1.6%.
  • Kadar pengangguran UK kekal pada 3.9% dalam tempoh tiga bulan hingga Februari 2019, paras terendah sejak November 1974-Januari 1975 dan selaras dengan jangkaan pasaran.
  • Kadar inflasi tahunan di United Kingdom pada 1.9% pada Mac 2019, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2%.

JANGKAAN: BULLISH GBP.

  • Kesatuan Eropah bersetuju untuk menangguhkan tarikh pengunduran Britain sehingga 31 Oktober 2019 yang pada mulanya dimohon untuk tempoh penangguhan yang lebih pendek pada 30 Jun oleh Perdana Menteri Theresa May.
  • Laporan pekerjaan di UK positif.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat