Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (10 April 2019)

185

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • RBNZ mengekalkan kadar faedah pada 1.75% dengan intonasi yang dovish.
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 8 Mei 2019.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI.
  • Para penggubal dasar mengatakan prospek ekonomi global yang lemah, terutamanya di kalangan beberapa rakan dagangan utama serta penurunan momentum dalam perbelanjaan domestik, kebarangkalian untuk langkah bank pusat seterusnya adalah dengan memotong kadar faedah.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • KDNK di New Zealand hanya berkembang sebanyak 2.3% secara tahunan pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.6% pada tempoh sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.5%.
  • Kadar inflasi meningkat kepada 1.9% pada suku keempat 2018, melebihi jangkaan pasaran 1.8%.
  • Kadar pengangguran New Zealand meningkat kepada 4.30% pada suku tahun keempat daripada 3.90% pada suku tahun ketiga 2018.

JANGKAAN: BEARISH NZD.

  • Sentimen pasaran Asia susut dari paras 8 bulan apabila Tabung Kewangan Antarabangsa menurunkan prospek pertumbuhan global dan ketegangan terhadap tarif antara AS dan Eropah yang meningkat.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat