Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (8 Ogos 2018)

288

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve Bank New Zealand ).
  • RBNZ mengekalkan kadar faedah di New Zealand pada 1.75% dengan beberapa petunjuk yang agak dovish (buruk).
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 9 Ogos 2018.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBNZ (Unjuran bank pusat RBNZ – Muka surat 42 ).
  • RBNZ mengakui terdapat sedikit risiko terhadap prospek ekonomi global.
  • RBNZ berkata keluaran KDNK yang lebih lemah pada kebelakangan ini menunjukkan sedikit kapasiti dalam ekonomi daripada yang kita jangkakan.
  • Kadar perbelanjaan yang diunjurkan oleh Kerajaan juga lebih rendah dan lebih perlahan daripada jangkaan.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • RBNZ mengutamakan inflasi teras (core inflation) sebagai ukuran inflasi. Data ini melonjak 1.7% pada Q2 daripada cetakan suku sebelumnya sebanyak 1.6%.
  • Ekonomi New Zealand naik 0.5 peratus pada suku pertama 2018, di bawah 0.6 peratus pada suku sebelumnya.

PLAN: BUY NZD

  • Jangkaan inflasi oleh RBNZ menunjukkan bahawa suku tahun ketiga dijangka menaik ke 2.04% berbanding inflasi pada suku tahun kedua iaitu 2.01%.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat