Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (11 Mac 2019)

416

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada 2.50% dengan nada yang dovish.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 21 Mac 2019.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi).
  • FED berkata mereka akan bersabar dalam meningkatkan kadar faedah tahun ini kerana peningkatan ketidakpastian mengenai prospek ekonomi Amerika Syarikat.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran AS jatuh kepada 3.8% pada Februari 2019 daripada 4% pada bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3.9%.
  • Ekonomi AS mencatatkan penurunan kepada 2.6% pada suku tahun keempat 2018 selepas berkembang 3.4% pada suku tahun sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan di Amerika Syarikat berkurangan untuk bulan ketiga berturut-turut kepada 1.6% pada bulan Januari 2019 daripada 1.9% pada bulan Disember. Ia adalah kadar terendah sejak Jun tahun 2017.

PLAN: BUY USD.

  • Purata pendapatan di AS meningkat serta kadar pengangguran mencatatkan penurunan.
  • Data jualan runcit AS hari ini dijangka meningkat ekoran kenaikan dalam harga petrol dan diesel serta purata pendapatan yang menaik.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat