IMF Beri Amaran Keras, Konflik Timur Tengah Bakal Jejas Ekonomi Global

338

Semalam, IMF dan Bank Dunia memberi amaran bahawa perang Gaza dan serangan berkaitan perkapalan di Laut Merah akan memberi ancaman kepada ekonomi global.

Perang Israel-Hamas yang semakin parah sejak Oktober telah memberi impak besar dalam ekonomi rantau Timur Tengah dan Afrika Utara. IMF menjangkakan ia akan memberi kesan kepada dunia apabila pertempuran berlarutan lebih lama.

Menurut Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva berkata bahawa dia takut jika konflik akan berterusan kerana risiko ekonomi juga akan turut membesar.

Beliau melihat gangguan aliran dagangan perkapalan di Terusan Suez memberi ancaman dalam industri perniagaan global. Ia berikutan serangan kumpulan Houthi di Yaman telah menyerang kapal komersial di Laut Merah bagi menunjukkan tanda protes terhadap Israel.

Kumpulan Houthi itu berkata mereka menyasarkan apa yang mereka anggap sebagai perkapalan berkaitan Israel sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza. ini juga turut mendorong beberapa kapal kargo untuk mengambil laluan yang lebih jauh dan mahal untuk mengelakkan serangan.

Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB memberi amaran pada akhir bulan lepas bahawa jumlah trafik komersial yang menggunakan Terusan Suez telah jatuh lebih 40% dalam dua bulan sebelumnya.

Semenanjung Gaza kini telah berada di bawah serangan kuat Israel selama lebih empat bulan sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober di selatan Israel.

Israel berikrar untuk memusnahkan kumpulan itu dan melancarkan serangan udara dan serangan darat yang telah membunuh sekurang-kurangnya 28,340 orang. Kebanyakannya ialah wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan di wilayah Gaza.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat