Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (11 Oktober 2018)

296

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve menaikkan kadar faedahnya seperti dijangka kepada 2.25% dengan nada yang neutral.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 9 November 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • Bank pusat menggugurkan perkataan “accomodative” dalam kenyataan.
  • Jawatankuasa menjangka kenaikan beransur-ansur yang konsisten dengan perkembangan aktiviti ekonomi yang kukuh, pengukuhan pasaran buruh, dan inflasi di sekitar sasaran 2% dalam jangka sederhana.
  • Jangkaan dot plot memberi isyarat untuk kenaikan kadar faedah pada Disember ini dan 3 kali pada tahun hadapan.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran di AS menurun kepada 3.7% pada September 2018 daripada 3.9% pada dua bulan sebelumnya.
  • Ekonomi AS mencatatkan 4.2% tahunan pada suku kedua 2018, sedikit lebih tinggi daripada bacaan awal 4.1%, mengatasi ramalan pasaran sebanyak 4%.
  • Kadar inflasi tahunan di Amerika Syarikat jatuh kepada 2.7% pada bulan Ogos 2018 daripada 2.9% pada bulan Julai dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.8%.

PLAN: SELL USD.

  • Trump sekali lagi mengkritik FED kerana menaikkan kadar faedah terlalu cepat dan mengatakan beliau benar-benar tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh FED.
  • Pasaran Wallstreet meleset selepas International Monetary Fund (IMF) memberi amaran terhadap pertumbuhan dan kestabilan kewangan global.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat