Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (5 September 2018)

485

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedah pada 2 Ogos di paras 2.00% dengan kenyataan yang baik (hawkish).
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 27 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • FOMC berkata bahawa aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kuat.
  • Perbelanjaan isi rumah dan pelaburan tetap perniagaan telah meningkat dengan pesat.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran AS turun kepada 3.9 peratus pada Julai 2018 daripada 4.0 peratus pada bulan Jun.
  • Ekonomi AS mencatatkan 4.2% tahunan pada suku kedua 2018, sedikit lebih tinggi daripada bacaan awal 4.1%, mengatasi ramalan pasaran sebanyak 4%.
  • Kadar inflasi tahunan AS berjumlah 2.9% pada Julai 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan sedikit di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3%. Namun, inflasi kekal pada paras tertinggi sejak Februari 2012.

PLAN: BUY USD.

  • Data KDNK (GDP) baik dari jangkaan dan sebelumnya.
  • Sentimen pasaran yang tidak menentu ekoran kebimbangan terhadap isu perdagangan dunia. Pentadbiran Trump sedang bersedia untuk mengenakan tarif baru terhadap import China.
  • Dalam perjanjian NAFTA, rundingan bersama Kanada terbantut beberapa jam sebelum tempoh akhir tamat pada Jumaat.
  • Sektor perkilangan sedang berjalan dengan baik dengan aktiviti berkembang pada kadar paling pantas dalam 14 tahun.
  • Pasaran mengjangkakan laporan pekerjaan yang positif pada Jumaat ini.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat