Analisis GBP/USD – Paras Rintangan 1.32000 Jadi Penentu

572

Bagi menenteramkan kebimbangan terhadap isu Brexit, Ketua Perunding Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier telah menyatakan bahawa pihak mereka sedang menggandakan usaha dalam mencapai persetujuan hubungan antara EU-UK di masa hadapan.

Sementara perkembangan di UK, Menteri Kewangan Rishi Sunak memaklumkan perkembangan baik dalam rundingan Brexit selain mengumumkan rancangan rangsangan ekonomi susulan perbincangan pada mesyuarat polisi baru-baru ini.

Tumpuan pada sesi Eropah hari ini terarah pada laporan data pekerjaan UK dengan bacaan diterbitkan bercampur-campur. Indeks purata pendapatan meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan. Kadar pengangguran meningkat berbanding jangkaan telah menjejaskan bacaan laporan.

Pada carta harga bagi pasangan GBP/USD, Pound yang bergerak stabil di awal minggu dilihat menyokong cubaan kenaikan harga beberapa kali menguji paras resistance 1.32000.

Namun, resistance tersebut masih gagal ditembusi sejak harga turun di bawah paras tersebut pada awal September lalu.

Pada dagangan hari ini (Selasa), harga dilihat bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang masih memberi isyarat trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi harga melepasi resistance 1.32000 dilihat akan menuju pula ke zon resistance pada 1.33000.

Namun dengan pengukuhan yang dipamerkan oleh mata wang US dolar berkemungkinan kembali menekan harga ke paras lebih rendah semula.

Penurunan di bawah paras sokongan MA50 akan memberi isyarat trend bearish dengan jangkaan harga akan turun ke sekitar zon RBS (resistance become support) 1.30600.

Seterusnya, paras tumpuan 1.30000 akan kembali diuji harga semula untuk menentukan penurunan lebih rendah atau menjadi paras sokongan untuk harga melonjak semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat