Analisis GOLD – Ada Kenaikan Harga Emas Di Penghujung Minggu, Petanda Baik Buat Pelabur?

1,275

Harga emas menunjukkan kenaikan pada dagangan hari ini (Jumaat) selepas penurunan harga dilihat berlaku sejak Rabu lalu.

Meneliti pergerakan harga di carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan kenaikan harga pada mulanya berlaku di awal minggu.

Namun, harga terhalang pada zon rintangan 1870.00 dan pelabur menilai isyarat awal untuk perubahan trend menurun harga pada Rabu.

Selepas berlegar di zon 1850.00 sehingga Khamis semalam, harga emas mula paparkan kenaikan pada Jumaat membuatka pelabur sedikit lega.

Ini adalah disebabkan harga telah membuat kenaikan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD, menjadi petunjuk awal untuk harga menyambung trend bullish semula.

Kenaikan harga, walaupun pada momentum perlahan, diteruskan bersambung ke sesi Eropah petang ini dan berkemungkinan akan berterusan sehingga ke sesi New York.

Namun, pelabur tetap akan berwaspada untuk penutup dagangan minggu ini dengan ketidaktentuan yang boleh berlaku seperti perubahan arah harga yang disebabkan oleh aktiviti pengambilan untung (profit-taking) dalam pasaran.

Sekiranya kenaikan harga berjaya dikekalkan, rintangan pada zon 1870.00 akan diuji sekali lagi oleh harga selepas gagal menembusinya di awal minggu.

Harga yang melepasi ke paras lebih tinggi dilihat akan mensasarkan semula ke paras ketinggian 1900.00, antara paras tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Sebaliknya jika berlaku penurunan harga semula di bawah zon 1850.00, paras sokongan untuk minggu ini sekitar 1843.00 bakal dilepasi untuk catatkan paras mingguan lebih rendah terbaru.

Sasaran zon yang bakal diuji pada penurunan yang diteruskan adalah pada 1830.00 sebelum penurunan selanjutnya boleh mencecah sehingga ke zon 1810.00 atau zon support tumpuan 1800.00 semula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat