Analisis GOLD – Adakah Ini Petunjuk Untuk Emas Menjunam Semula?

1,364

Dagangan emas mengganas pada Selasa semalam apabila memaparkan pergerakan lebih aktif harga membuatkan para pelabur tak senang duduk.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga melonjak di atas paras 1800.00 dengan paras ketinggian terbaru mencapai sekitar 1815.00.

Namun, pelabur terpaksa akur dengan kejatuhan semula harga di bawah paras 1800.00 dengan paras terendah harian semalam mencecah 1790.00.

Penurunan sekitar 250 pips itu walau bagaimanapun dilihat disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta XAU/USD yang masih memberi isyarat untuk trend kenaikan.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu), harga kembali meningkat semula dari paras 1794.00 dan sedikit melepasi paras 1800.00 sehingga dagangan bersambung pada awal sesi Eropah.

Pelabur berkemungkinan berwaspada menantikan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi nanti bagi meneliti butiran lanjut mesyuarat terbaru Federal Reserve (Fed) tempoh hari.

Namun sentimen pasaran yang kembali berisiko dilihat menyokong permintaan terhadap emas sebagai aset safe-haven.

Jika harga berjaya kekalkan kenaikan semula, paras ketinggian dicapai semalam bakal diatasi untuk harga menguji zon harga 1820.00 yang menjadi antara kawasan tumpuan.

Melepasi zon tersebut akan mendorong jangkaan kenaikan lebih tinggi harga emas sehingga ke paras 1850.00 yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Sebaliknya, jika harga gagal bertahan di atas paras 1800.00 dan bergerak semula di bawah paras halangan MA50, kecenderungan harga adalah untuk menuju ke bawah.

Penurunan harga emas dilihat akan kembali semula ke paras sokongan pada 1765.00 dan juga paras terendah minggu lalu sekitar 1750.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat