Analisis GOLD – Aduh! Emas Terjun Balik Bawah Paras $1,800

745

Dagangan emas kembali mengecewakan pelabur apabila memaparkan kejatuhan ketara pada sesi New York semalam selepas pengukuhan semula oleh US dolar.

Kembali memberi tekanan kepada dagangan emas, data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka yang memberangsangkan.

Bacaan akhir pertumbuhan ekonomi AS untuk suku ketiga catat angka yang meningkat lebih tinggi, meleset berbanding jangkaan untuk kekal pada bacaan terdahulu.

Ini juga menyusuli bacaan data keyakinan pengguna AS yang diterbitkan pada Rabu lalu yang turut positif mengatasi ramalan.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan pergerakan harga yang mendatar sejak Rabu lalu mula berubah memaparkan terjunan.

Pada sesi Asia sehingga ke sesi Eropah semalam, harga pada mulanya dilihat masih mendatar di sekitar 1820.00, namun harga mula menjunam memasuki dagangan sesi New York.

Isyarat awal untuk perubahn trend bearish telah dinilai pelabur apabila harga bergerak di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD, sehinggalah penurunan diteruskan sehingga mencecah 1785.00.

Ada lantunan semula harga setelah mencecah paras tersebut untuk didagangkan meningkat perlahan menyambung dagangan pada Jumaat menuju zon 1800.00.

Dengan corak yang dipamerkan, harga emas dijangka akan meneruskan penurunan lebih rendah untuk melepasi paras sokongan minggu lalu pada 1775.00.

Melepasi paras tersebut seterusnya akan mendorong penurunan lanjut menuju zon RBS (resistance become support) pada 1760.00.

Namun, sekiranya harga membuat lonjakan di atas paras 1800.00 dan melepasi halangan MA50, jaga-jaga untuk kenaikan lebih tinggi emas yang boleh berlaku.

Jika harga buat kenaikan lebih tinggi, zon rintangan pada 1830.00 dilihat akan menjadi sasaran untuk diuji yang masih lagi berjaya disentuh harga untuk tempoh 6 bulan ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat