Analisis GOLD – Akhirnya! Emas Dah Pecah Tembok $1,800

2,246

Kenaikan tinggi harga emas dalam pasaran pada penghujung minggu ini terus memberi sinaran terhadap harapan pelabur komoditi dengan corak bullish yang positif.

Keputusan mesyuarat polisi beberapa bank pusat utama pada Khamis semalam khususnya Bank of England (BOE) dan European Central Bank (ECB) yang dinilai hawkish telah menenggelamkan perhatian terhadap mesyuarat FOMC sebelum itu.

Walaupun Federal Reserve (Fed) menyampaikan keputusan mesyuarat yang bernada hawkish, namun US dolar sebaliknya bergerak lemah dalam pasaran.

Selain memberi ruang untuk mata wang utama lain melonjak, situasi tersebut turut dimanfaatkan oleh emas untuk mencatatkan lonjakan nilai dalam pasaran.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam telah menyaksikan harga melonjak sehingga ke paras 1800.00 semula selepas penurunan harga ketika mesyuarat FOMC menguji zon sokongan harga pada 1760.00.

Terus positif, dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi Jumaat kekal meneruskan kenaikan di atas paras 1800.00 namun momentum kenaikan dilihat lebih perlahan berbanding dagangan Khamis.

Zon 1810.00 dihampiri pada dagangan yang bersambung di sesi Eropah, untuk harga menguji ketinggian yang dicapai pada 26 November lalu.

Penganalisis melihat jangkaan kenaikan diteruskan menuju ke paras 1830.00 sekiranya trend bullish emas masih berjaya dikekalkan.

Sebaliknya harga boleh menjunam semula jika US dolar kembali mengukuh semula dan memberi tekanan terhadap dagangan emas.

Penurunan di bawah paras 1800.00 semula bakal mendorong kejatuhan lebih rendah menuju zon support 1760.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat