Analisis GOLD – Akhirnya Harga Emas Lonjak Capai Paras $2,000!

1,170

Pelabur emas sedang tersenyum lebar ke sejak pagi tadi? Seronok ye lihat harga emas mencanak-canak naik.

Krisis perang Rusia-Ukraine dilihat masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mereda dengan risiko terus menyelubungi pasaran sehingga dagangan bersambung di awal minggu ini.

Permintaan terhadap aset-safe haven kekal kukuh melihatkan kenaikan harga emas pada sesi New York Jumaat lalu walaupun US dolar juga dilihat berjaya mengukuh susulan terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga meneruskan kenaikan pada Jumaat lalu melepasi paras halangan pada 1950.00.

Walaupun US dolar mengukuh selepas laporan NFP pada sesi New York, namun tidak menghalang untuk emas terus melonjakkan harga ke paras lebih tinggi untuk menutup dagangan minggu lalu di zon ketinggian 1970.00 yang telah dicapai pada minggu sebelumnya.

Membuka dagangan pada awal sesi Asia pagi ini (Isnin), harga terus dipacu lebih tinggi sehingga menyentuh paras 2000.00 yang telah menjadi sasaran pelabur sejak minggu lalu lagi.

Namun sekadar menyentuh paras ketinggian terbaru tersebut, harga kemudiannya berlegar perlahan di bawahnya sehingga ke sesi Eropah petang ini.

Pergerakan harga dijangka akan lebih menarik pada sesi New York sebentar lagi dengan jangkaan oleh para pelabur untuk kenaikan harga melepasi paras 2000.00 pula.

Kenaikan lebih tinggi harga emas bakal mensasarkan sehingga ke zon ketinggian 2070.00 selepas paras tertinggi sepanjang masa yang dicapai pada Ogos 2020 lalu sekitar 2075.00 telah direkodkan.

Namun jika paras 2000.00 menjadi rintangan baru buat emas dan penurunan harga berlaku semula, paras 1970.00 dan 1950.00 akan kembali menjadi tumpuan semula seperti dagangan pada minggu-minggu sebelum ini.

Penurunan lebih rendah untuk trend bearish semula buat emas bakal menguji paras sekitar 1900.00 atau lebih rendah pada zon 1870.00 pula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat