Analisis GOLD – Bangun Dari Tergolek, Emas Panjat Semula Ke Paras $1,800

947

Dagangan emas mula pamerkan peningkatan semula ke paras harga $1,800 yang dipengaruhi oleh perubahan nilai US dolar dalam pasaran di penghujung Oktober.

Sentimen berisiko pasaran melihatkan tarikan terhadap emas menjadi pilihan pelabur berbanding US dolar yang ditekan oleh penurunan pada hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS).

Tumpuan akan terarah pada data pertumbuhan ekonomi AS untuk suku ketiga yang akan diterbitkan pada sesi New York sebentar lagi.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga yang turun hampir mencecah ke paras 1780.00 semalam kembali meningkat semula ke paras 1800.00 bersambung sehingga dagangan ke sesi Eropah hari ini.

Peningkatan harga tersebut juga turut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang kembali memberi isyarat untuk pergerakan bullish bagi emas.

Penganalisis menilai pergerakan emas mula mendatar selepas memaparkan corak kenaikan sepanjang minggu lalu.

Walaupun menunjukkan isyarat untuk corak penurunan harga pada awal minggu, namun kenaikan dipamerkan semula menuju penghujung dagangan minggu ini.

Sekiranya harga berjaya bergerak lebih tinggi dari paras 1800.00 semasa, berkemungkinan emas berpotensi untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu.

Namun jika US dolar berjaya mengukuh dan memberi tekanan semula kepada emas, harga boleh susut semula dari zon 1800.00 dan menguji zon sokongan 1780.00.

Penurunan lebih rendah dari zon tersebut dilihat akan menuju pula ke zon RBS (resistance become resistance) sebelum ini sekitar 1760.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat