Analisis GOLD – Belum Capai Paras $1,870 Emas Susut Semula

568

Dagangan emas masih berjaya kekal di paras tinggi ketika pasaran menjangkakan berkemungkinan berlaku penyusutan nilai menjelang terbitan minit mesyuarat FOMC.

Namun, US dolar papar pergerakan suram dan tidak memberi reaksi yang ketara ketika minit diterbitkan sekaligus memberi kelebihan kepada emas.

Tiada petunjuk jelas untuk kenaikan kadar faedah seterusnya setelah Federal Reserve (Fed) telah mula memperlahankan kenaikan kadar pada mesyuarat terakhir 2022 Disember lalu.

Dengan penyusutan sepanjang Rabu semalam oleh US dolar telah dimanfaatkan oleh emas untuk meningkat ke paras tertinggi terbaru minggu ini untuk rekod paling tinggi 7 bulan.

Jika diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah membuat kenaikan terbaru mencapai ketinggian sekitar 1865.00.

Namun kenaikan tidak diteruskan di sesi New York dengan harga sekadar menutup dagangan penghujung sesi sekitar 1855.00.

Harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD menjadi isyarat bahawa harga berkemungkinan akan meneruskan lagi pergerakan trend bullish.

Sekiranya kenaikan diteruskan, harga dilihat akan menuju ke paras 1870.00 untuk menguji pula zon rintangan tersebut.

Jika ditembusi, sasaran seterusnya untuk emas adalah mencapai paras ketinggian pada 1900.00.

Namun, seandainya harga susut kembali di bawah paras MA50, akan menjadi petanda awal kejatuhan semula harga emas.

Harga bakal turun ke zon RBS (resistance become support) 1830.00 untuk memberikan petunjuk pergerakan selanjutnya.

Penurunan lebih rendah jika diteruskan bakal kembali menuju semula zon tumpuan pada 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat