Analisis GOLD – Capai Harga $1,760, Terang Betul Emas Bersinar Minggu Ini

1,398

Mengekalkan corak ‘melonjak dan mendatar’, emas tepati ramalan untuk mengalami peningkatan nilai lebih tinggi susulan reaksi pelabur terhadap terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) semalam.

Memberi kesan penyusutan US dolar yang begitu ketara, data indeks harga pengguna AS untuk bulan Oktober menunjukkan angka yang menurun berikutan langkah pengetatan dasar monetari yang berterusan dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed).

Situasi penyusutan US dolar telah mendorong tarikan lebih tinggi terhadap aset emas sehingga nilainya melonjak ke paras tertinggi 11 minggu.

Ini dapat diperhatikan pada pergerakan harga di carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Selepas lonjakan yang dipamerkan pada Selasa lalu disusuli oleh pergerakan mendatar pada Rabu di bawah zon 1720.00, harga kemudiannya telah melonjak melepasi rintangan tersebut pada sesi New York semalam.

Sekali lagi lonjakan lebih 500 pips itu telah mencapai paras ketinggian sekitar 1757.00 di penghujung sesi, mengekalkan corak pergerakan bullish.

Harga masih kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD dengan jangkaan kenaikan bakal diteruskan.

Menyambung dagangan sehingga ke sesi Eropah hari ini (Jumaat), harga sedikit meningkat menguji zon rintangan pada 1760.00 selepas kali terakhir menjadi tumpuan pada dagangan penghujung Ogos yang lalu.

Sekiranya kenaikan diteruskan, harga emas boleh mencecah sehingga ke paras 1800.00 semula setelah melepasi zon tumpuan pada 1785.00.

Namun jika harga menjunam semula di penghujung minggu ini, zon 1740.00 menjadi kawasan terdekat untuk diuji dahulu sebelum harga susut ke zon 1720.00 pula.

Pelabur akan memberi tumpuan pada data sentimen keyakinan pengguna AS untuk meneliti pergerakan US dolar di sesi terakhir yang juga boleh mempengaruhi nilai emas semasa.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat