Analisis GOLD – Capai Paras Paling Tinggi, Emas ‘Spike’ Sampai $2,080!

1,096

Dagangan emas ‘meliar’ selepas kesan keputusan mesyuarat FOMC yang dinanti-nantikan para pelabur sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 5.25% disusuli petunjuk oleh Pengerusi Jerome Powell yang menyatakan akan berlaku perubahan yang ketara pada dasar monetari.

Pasaran menilai sebagai isyarat untuk menghentikan kenaikan kadar selepas ini, walaupun Powell tidak menyebutnya secara terang.

US dolar yang melemah sebaik sahaja keputusan mesyuarat diumumkan telah menyaksikan kesan lonjakan pada harga emas.

Dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang sedikit menurun ke sekitar 2008.00 telah melonjak susulan keputusan mesyuarat FOMC itu sehingga menyaksikan kenaikan harga ke paras 2040.00 di penghujung sesi New York.

Terus memberi kejutan kepada pelabur, pembukaan pasaran sesi Asia semalam menyaksikan jarak perbezaan harga (gap) yang dibuka lebih tinggi sekitar 2060.00 sebelum berlaku ‘spike’ mencapai paras 2080.00.

Paras ini menjadi rekod tertinggi sepanjang masa buat emas mengatasi rekod tahun 2020 (Covid-19) dan tahun 2022 (perang Rusia-Ukraine).

Namun, harga mula susut semula dan pada sesi Eropah semalam, harga dilihat mencecah zon 2030.00.

Lantunan semula harga berlaku menyambung dagangan di sesi New York ke paras 2059.00 sebelum harga menutup dagangan penghujung sesi di sekitar 2050.00.

Corak penurunan dipaparkan pada hari ini (Jumaat) setakat sesi Eropah, namun harga masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat bullish.

Jika harga melantun naik membuat kenaikan semula, paras 2050.00 bakal dilepasi kembali untuk harga menuju semula paras ketinggian penting pada 2070.00 dan juga 2080.00.

Tidak mustahil untuk rekod harga tertinggi terbaru (ATH) akan terus dicapai lagi.

Namun jika harga sudah mula susut bergerak di bawah paras MA50, penurunan harga lebih rendah akan dijangkakan setelah melepasi zon 2030.00.

Penurunan lanjut harga dilihat akan kembali ke zon ‘magnet’ sebelum ini iaitu di paras 2000.00.

Pergerakan drastik harga bakal dijangkakan pada sesi New York yang akan dihiasi oleh terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat untuk bulan April.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat